pemerunan | perbuatan memerun (kayu-kayuan dll), pembakaran (sampah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lobak | 1. sj tumbuhan (ubinya dibuat sayur); ~ cina (putih) sj tumbuhan, rades, Raphanus sativus; ~ hutan sj tumbuhan (herba), lebuk hutan, Orchidantha longiflora; ~ jantan sj tumbuhan (herba), bakung rimba, bangkung rimba, Susum malayanum; ~ merah sj tumbuhan, bortel, Daucus carota sativa; 2. Mn kubis, kol; bagai ~ di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan prb perihal kanakkanak yg subur tubuhnya (cepat membesar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perun | timbunan kayu-kayu (daun-daun dll) yg hendak dibakar; puntung ~ a) sisa kayu-kayu dll yg sudah dibakar; b) Mn perjamuan yg terakhir bagi pengantin; memerun membakar saki-baki kayu-kayu (daun-daun dll) bagi kali kedua di tanah yg baru dibuka, membakar timbunan sampah: sekarang sudah tiba masanya utk ~ dan membersihkan kawasan itu sebelum menanam anak-anak getah; diperun kulambai Mn habis terbakar; pemerunan perbuatan memerun (kayu-kayuan dll), pembakaran (sampah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |