pemesongan | perbuatan (hal dsb) memesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemesongan | perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian, dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemesongan | perbuatan (hal dsb) berpesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. | Kamus Pelajar |
pesong | /pésong/; berpesong bergerak ke arah yg lain: Perhatikan bagaimana jarum itu ~. memesong menukar arah (haluan); menyeleweng: Kereta itu ~ ke kiri. memesongkan 1 menggerakkan ke arah yg lain; menjadikan berpesong; menyelewengkan: Banjaran Himalaya menghalang kumpulan udara ini dan ~nya ke Lembah Ganges. 2 ki mengalih atau mengubah tajuk perbualan (pendirian dsb): Tiada sesiapa pun yg dpt ~ pendiriannya. terpesong 1 menyimpang dr arah yg sepatutnya dgn tidak sengaja; menjadi berubah haluannya: Jalan yg licin menyebabkan keretanya ~ ke kiri lalu melanggar tiang lampu. 2 ki menyimpang drpd tajuk perbualan dll dgn tidak disedari: Tiba-tiba percakapannya ~ ke soal peperangan Pakistan-India. pesongan gerakan berpesong: Ukur jarak ~ jarum itu. pemesongan perbuatan (hal dsb) memesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. pemesong alat utk memesongkan (sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesong | (pésong) 1. belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah) haluan: kereta itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong; 2. ki mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara): apabila ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain; memesongkan 1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan: akar pokok yg menjalar dlm tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yg ada air; 2. ki mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dll): parti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yg cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya; terpesong menyimpang dr tujuannya (haluannya, sasarannya), menyeleweng: kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya; tiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain; pemesongan perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian, dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah; pemesong alat yg memesongkan: kanta ~ sinar matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesong /pésong/; berpesong | bergerak ke arah yg lain: Perhatikan bagaimana jarum itu ~. memesong menukar arah (haluan); menyeleweng: Kereta itu ~ ke kiri. memesongkan 1 menggerakkan ke arah yg lain; menjadikan berpesong; menyelewengkan: Banjaran Himalaya menghalang kumpulan udara ini dan ~nya ke Lembah Ganges. 2 ki mengalih atau mengubah tajuk perbualan (pendirian dsb): Tiada sesiapa pun yg dpt ~ pendiriannya. terpesong 1 menyimpang dr arah yg sepatutnya dgn tidak sengaja; menjadi berubah haluannya: Jalan yg licin menyebabkan keretanya ~ ke kiri lalu melanggar tiang lampu. 2 ki menyimpang drpd tajuk perbualan dll dgn tidak disedari: Tiba-tiba percakapannya ~ ke soal peperangan Pakistan-India. pesongan gerakan yg berpesong: Perhatikan jarak ~ jarum itu. pemesongan perbuatan (hal dsb) berpesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. pemesong alat utk memesongkan (sesuatu). | Kamus Pelajar |