pemfitnahan | perihal atau perbuatan memfitnah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fitnah | tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |