Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pilih; ~ kasih berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. memilih 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. memilihkan memilih barang (jodoh dll) utk orang lain: Ibulah yg ~ saya baju ini. pilihan yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. pemilihan perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. pemilih 1 orang yg memilih. 2 terlalu atau sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemilih1 orang yg memilih. 2 terlalu atau sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemilih1. orang yg memilih; 2. terlalu me­milih-milih: ia sangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
beret I(bérét) Jk 1. sangat pemilih; 2. banyak permintaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemilih1 orang yg memilih. 2 terlalu sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini.Kamus Pelajar
pilih; ~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dsb; ~ kasih mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat keputusan dll; berpilih-pilih 1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja (yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu; memilih 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah­-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; memilihkan memilih (barang, jodoh, dll) utk orang lain; terpilih 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja; pilihan 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg ter­baik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~; pemilihan hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organis­ma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cen­derung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mem­punyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; pemilih 1. orang yg memilih; 2. terlalu memilih-milih: ia sangat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekunci undur ruang(backspace key)1. Kekunci yang digunakan untuk menyuruh sistem menggerakkan kursor satu ruang atau satu aksara ke belakang dari kedudukan semasa pada baris paparan. 2. Butang yang digunakan untuk mengarahkan unit pemilih pita bergerak ke belakang satu rekod atau satu medan dari kedudukan rekod semasa dalam susunan fail.Kamus Komputer
buku I1. tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu, dll), sendi (jari, tangan, kaki dll): ~ buluh; ~ jari; 2. bongkah kecil-kecil (gula, tanah, dll), tampang (tembakau); 3. penjodoh bilangan utk benda yg berbongkah: se~ sabun; ~ benang gelendong; ~ kaki buku pd jari kaki; ~ lali mata kaki; ~ lima tangan yg digenggam, tinju; ~ sendi sendi (dlm erti yg umum); ~ dlm hati prb yg terasa dlm hati; bertemu ruas dgn ~ prb sesuai benar; cari umbut kena ~ prb dicari baik, tetapi dapat yg tidak berguna; jangan sangat pemilih, takut terkena ~ buluh = pilih-pilih ruas, terpilih pd ~ prb janganlah terlalu memilih; orang bertemu ~ prb orang yg selalu dlm perselisihan kalau bergaul; berbuku 1. mempunyai buku: buluh ~; 2. berbongkah kecil-kecil: gula itu ~ kerana terkena air; membuku, terbuku 1. menjadi bongkah-bongkah kecil: tepung ~ apabila kena air; 2. terganggu perasaan (dlm hati): sejak itu ~lah dendam dlm hatinya; biarlah aku bercakap melepaskan apa yg ~ dlm hatiku; perbukuan sendi, persendian.Kamus Dewan Edisi Keempat
pilih; ~ kasihberat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. memilih 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. memilihkan memilih barang (jodoh dll) utk orang lain: Ibulah yg ~ saya baju ini. pilihan yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. pemilihan perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. pemilih 1 orang yg memilih. 2 terlalu sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini.Kamus Pelajar
surat I1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg menge­sahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai ke­lahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk meng­kritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn meng­gadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat penga­kuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan ber­keberatan; ~ kenalan surat utk memperkenal­kan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di mana­mana; ~ pemberitahuan surat utk mem­beritahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun meng­ambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; se­bagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan ham­ba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas