Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menenteramkan1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menghebahkan1. menyiarkan, memberi­tahu­kan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, meng­umumkan, mendiayahkan (agama, fa­ham­an politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat
menghauskan1. menyebabkan (menjadi­kan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyemarakkan1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pimpin I; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, di­tuntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan mem­bawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (me­nunjukkan jalan dll), membimbing, menun­tun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, per­gerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, meng­asuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-ran­cangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pim­pinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, pe­tunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pen­capaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindak­tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemim­pin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
nakhoda1. pemimpin atau ketua perahu (kapal), juragan; 2. kapten kapal;bagai ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan yg membawa ke­rugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan); belayar dgn ~, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yg ahli supaya selamat; menakhodai menjadikan nakhoda kpd, mengetuai: kapal yg dinakhodai oleh orang Arab.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemendurIB 1. pemimpin pasukan (berpang­kat perwira tinggi); 2. = ~ laut syahbandar, pembesar pelabuhan; 3. Mn pengurus peme­rintahan negara (pd zaman penjajahan), pamung peraja, kontrolir; 4. kepala atau pengawas pekerja, mandur.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedas1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata­-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ menge­luarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pe­ngalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas.Kamus Dewan Edisi Keempat
hebah(hébah) Ar berita, pengumuman, siaran; menghebahkan 1. menyiarkan, memberi­tahu­kan kpd orang ramai (melalui akhbar, televisyen, dll): pemimpin-pemimpin negara ~ rancangan pembangunan luar bandar kpd tamu-tamu luar negeri; 2. menyebarkan, meng­umumkan, mendiayahkan (agama, fa­ham­an politik, dll): Nabi Muhammad SAW ialah orang yg mula-mula ~ ajaran Islam; terhebah dihebahkan, dimaklumkan: kegiat­an lain pula tidak begitu ~ kpd umum; hebahan sesuatu yg dihebahkan; penghebahan perbuatan atau hal meng­hebah­kan, penyiaran, penyebaran, peng­umum­an: ~ berita itu dibuat melalui RTM; penghebah 1. orang yg menghebahkan (me­­­nyiar­kan), penyiar; 2. orang yg meng­hebahkan (menyebarkan, mengumumkan, men­­diayahkan), penyebar, pendiayah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepercayaan1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas