pemisahan | hal atau perbuatan memisahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemisahan | perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemisahan | hal atau perbuatan memisahkan. | Kamus Pelajar |
pengemparan | (Fiz) pemisahan pepejal drpd cecair atau pemisahan campuran cecair yg mempunyai graviti tentu yg berbeza secara putaran mendatar yg laju; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arbitrari | 1. tidak berasaskan pertimbangan yg tertentu atau yg teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis dsb), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang: pemisahan antara dunia yg bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yg ~ kerana sifat ilmu itu tidak terpisah drpd masyarakat yg mendukungnya; 2. (Lin) berkaitan dgn sifat bahasa yg menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yg semula jadi antara bentuk bahasa dgn entiti sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dikotomi | pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isolasi | IB pengasingan, pemencilan, pemisahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjarakan | perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan, perenggangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengasingan | 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segregasi | (ségrégasi) pengasingan (antara satu kelompok dgn kelompok lainnya), pemisahan, pemencilan: ~ sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |