Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pukul1 (kata nama)
Bersinonim dengan jam.
Kata Terbitan : memukul, pukulan, pemukul,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pukul1 perbuatan mengenakan sesuatu pd sesuatu yg lain dgn kuat: kena ~. 2 bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam; waktu tertentu dlm sesuatu hari: ~ berapa mereka sampai? ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. ~ curi perbuatan menyakitkan atau menyerang orang ketika orang itu tidak bersedia. ~ rata a. hitung panjang. b. sama semuanya; rata-rata. berpukul-pukulan saling memalu (dgn sesuatu); berpalu-paluan. memukul 1 mengenakan sesuatu yg keras dgn kuat; mengetuk; memalu: ~ canang. 2 merempuh atau melanggar; menyerang. ~ musuh menyerang musuh. ~ rata menjadikan sama rata. ~ telefon bp membuat panggilan telefon. ~ telegram bp mengirim telegram. ~ telur mengacau telur supaya hancur dan naik. pukul-memukul saling memukul. memukuli memukul berkali-kali: ~ orang jahat. memukulkan menjadikan sesuatu sbg alat utk memukul: ~ tongkat pd tiang. pukulan 1 hasil perbuatan memukul; paluan: ~ yg bertalu-talu itu dpt ditangkisnya. 2 serangan yg dibuat terhadap sesuatu pihak; serbuan: Khazifah, pemimpin baru itu, dgn tidak berlengah-lengah lagi terus memberikan ~ yg hebat kpd musuh. ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb. ~ maut a. pukulan yg tidak dpt diambil oleh pihak lawan lalu menghasilkan mata atau poin (dlm permainan badminton, tenis dsb). b. ki sesuatu perbuatan, tindakan, serangan dsb yg boleh membawa maut. pemukul 1 orang yg memukul. 2 alat yg digunakan utk memukul.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemukul1 orang yg memukul. 2 alat yg digunakan utk memukul.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemukul1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemukul1 orang yg memukul. 2alat yg digunakan utk memukul.Kamus Pelajar
pukul I1. ketuk (dgn benda yg keras atau berat); 2. ki ketuk (dgn perkataan dll), perintah; kena ~ a) kena ketuk, diketuk; b) mengalami kerugian (dimarahi, ditipu, dsb); salah ~ a) salah mengetuknya; b) satu kali berbuat (bekerja, bertindak, dll); tukang ~ orang yg biasa memukul orang dgn upah, jagoan, samseng; 3. bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam, waktu tertentu dlm sesuatu hari: jarum pendek dipanggil jarum ‘~nya’, kerana ia menunjukkan waktu dgn bilangan ~ jam; kami sampai di rumah ~ lima petang; jam ~ jam yg menyatakan waktu; 4. bp = memukul mengetuk; ~ dulu bayar belakang barangnya diambil dulu, pembayarannya dibuat kemudian; 5. bp me­ngenakan cap (harga), menetapkan harga, menaksirkan: mengikut kemahuanku dgn harga yg telah aku ~ kpd mereka; ~ besar untung besar; ~ besi tukul besi, palu (martil) drpd besi; ~ cap mengenakan (membubuh) cap; ~ curi a) memukul dgn bersem­bunyi, memukul dan lari; b) tidak berani bertanggungjawab; ~ gambar bp bergambar; ~ gebang bp bergebang sahaja, berbual-bual sahaja; ~ kaki bp berjalan kaki; ~ rata hitung panjang; ~ tidak tahu (peduli) bp buat tidak tahu (peduli) saja; ~ anak sindir menantu prb lain orang yg dimarahi, lain orang pula tujuan kata-kata­nya; ~ anjing tak pandang mata tuannya prb orang yg terdesak hilang takutnya; kena ~ di punggung, gigi habis tanggal prb sindir­an itu lain dikata lain pula ertinya (kata sindir­an bagi seseorang akan mengenai orang ramai); memukul 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalah­kan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memu­kulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (meng­alahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sam­pai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak di­kerjakan pun berbahaya); pukul-memukul saling memukul antara satu sama lain; memukuli, memperpukuli memukul ber­kali-kali, mengajar; memukulkan 1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga; terpukul 1. memukul atau dipukul dgn tidak sengaja, terhantuk: kepalanya ~ keras pd bucu meja; 2. ki tersinggung: dia berasa ~ dgn kata-kata sahabatnya itu; pukulan 1. hasil perbuatan memukul: ~ yg tidak berhenti-henti drpd lawannya; 2. ketukan, hentaman, serangan: menerima ~ hebat drpd angkatan bersenjata; ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb; pemukulan hal atau perbuatan memukul atau memukulkan; pemukul 1. orang yg memukul: ~-~ rebana duduk di belakang para penari; 2. alat utk memukul; ~ besi tukul drpd besi.Kamus Dewan Edisi Keempat
serama; gendang ~ sl gendang dua muka (yg sebelah dipukul dgn tangan dan sebelah lagi dipukul dgn pemukul); berserama sl 1. bermain gendang serama; 2. bersilat atau berpencak: maka orang ber-main pun terlalu ramai, ada yg menapak, ..., ada yg ~, ada yg main wayang.Kamus Dewan Edisi Keempat
genderang1. sj gendang besar; ~ serama gendang dua muka (yg sebelah dipukul dgn tangan dan yg sebelah lagi dipukul dgn pemukul): maka lalu ~ pun dipalu orang; 2. tambur.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyungkit1. mencungkil, meng­ungkit, mengumpil: pekerja itu ~ batang pokok yg tumbang; 2. menguis bola ke atas dgn pantas menggunakan kaki dlm bola sepak atau pemukul dlm hoki dsb: pemain itu ~ bola dr sebelah kanan pintu gol;Kamus Dewan Edisi Keempat
sungkit; menyungkit 1. mencungkil, meng­ungkit, mengumpil: pekerja itu ~ batang pokok yg tumbang; 2. menguis bola ke atas dgn pantas menggunakan kaki dlm bola sepak atau pemukul dlm hoki dsb: pemain itu ~ bola dr sebelah kanan pintu gol; sungkitan perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
genta1. loceng kecil-kecil (utk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dll); 2. loceng besar (pd gereja dll); ~ alamat genta yg dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yg penting dlm negeri; anak ~ pemukul loceng; menggerakkan (menggoyangkan) ~ membunyikan loceng; bergenta mempunyai genta: perisainya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas