penambang | orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penambang | orang yg mengangkut penumpang dgn perahu tambang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penambang | orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. | Kamus Pelajar |
perahu penambang | perahu tambang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
heretan | 1. sesuatu yg diheret; 2. Jk sampan (perahu) penambang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambang II | penambangan perbuatan, hal dsb menambang atau menambangkan. penambang orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. | Kamus Pelajar |
heret | (hérét); mengheret 1. menarik (dgn paksa), menghela (dgn kuat), menyeret: Ali terus mengikut saya dr belakang sambil ~ basikalnya; 2. membawa seseorang ke sesuatu tempat: dia telah diheret ke balai polis kerana disyaki mencuri; 3. memikat hati orang (utk mendapatkan harta bendanya dll), memperdaya, menipu; terheret terlibat bersama: perang yg menyebabkan negara kuasa besar ~ ke dalamnya; heretan 1. sesuatu yg diheret; 2. Jk sampan (perahu) penambang; pengheretan 1. perbuatan mengheret, penyeretan; 2. sj kenderaan (utk membawa barang) yg ditarik; 3. Jk penipu, pendusta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambang II | 1 = wang ~ wang yg dibayarkan utk membawa barang, penumpang dll dgn kenderaan; sewa yg dibayar kerana menaiki kereta dll: ~ bas lebih murah drpd ~ teksi. 2 sesuatu yg digunakan utk membawa penumpang (mengangkut barang dll): kereta ~; sampan ~. menambang 1 menaiki kenderaan dgn membayar tambang; menyewa kenderaan: Maka ~lah kami pergi ke seberang. 2 membawa barang atau penumpang dgn kereta atau dgn perahu tambang. 3 bekerja sbg pembawa kereta tambang dsb. menambangkan 1 menyewakan kenderaan tambang kpd orang lain. 2 membayarkan wang tambang utk orang, barang dll yg dibawa oleh kenderaan tambang. penambangan perbuatan, hal dsb menambang atau menambangkan. penambang orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambang II | 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang dll dgn kenderaan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan: kepulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg membawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan: kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. penumpang atau muatan kenderaan dgn membayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi; menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. mengangkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; menambangkan menyewakan kereta dll; tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat penumpang menyeberang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang tambang; penambangan perihal menambang (menambangkan); penambang orang yg mengangkut penumpang dgn perahu tambang; perahu ~ perahu tambang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |