penambat | 1 alat (spt tali) utk menambat; pengikat: tali ~ kerbau. 2 ki orang yg menambat hati; pemikat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penambat | 2 ki orang yg menambat hati; pemikat. | Kamus Pelajar |
penambat | 1 alat spt tali dll utk menambat; pengikat: tali ~ kerbau. | Kamus Pelajar |
tambat; bertambat | penambat | Kamus Pelajar |
terjahan | yg diterjahkan; hasil menerjah: ~nya yg mendadak merenggut tali penambat di pancang. Dia membiarkan cebisan surat berselerak akibat ~ angin yg sekali-sekala demikian menggila. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambat | ; bertambat berikat dgn rantai, tali dll pd sesuatu (bkn binatang, perahu dll): Kerbau itu ~ pd pokok. Perahu ~ di pangkalan. menambat 1 mengikat sesuatu dgn tali pd pancang (tiang, pokok dll): Dia turun ke sungai utk ~ perahunya. 2 ki memikat hati seseorang; menawan: Akhirnya dia berjaya ~ hati gadis itu. menambatkan mengikatkan (tali dsb) utk menambat sesuatu: Dia ~ tali rakitnya pd pohon itu. tertambat 1 terikat (pd sesuatu). 2 ki terpikat; tertawan. tambatan 1 tiang dll tempat menambat perahu dsb. 2 = ~ hati (jiwa) ki orang yg dicintai; kekasih. penambat 1 alat (spt tali) utk menambat; pengikat: tali ~ kerbau. 2 ki orang yg menambat hati; pemikat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjah | ; menerjah 1 menyerbu, melanda, merempuh dsb dgn tidak mempedulikan apa-apa; melanggar: Berbekalkan wang RM5,000, Izat ~ kabus desa dgn teksi menuju ke Kuala Lumpur. 2 tiba, datang dsb dgn laju dan cepat lalu masuk ke dlm atau melanda sesuatu: Pemain itu melakukan sepakan kencang dan bola terus ~ jaring pasukan lawan. Persoalan benarkah kata-kata itu terus ~ fikiranku. Kertas-kertas usang yg menyelimutinya melayang diterjah angin. menerjahkan 1 menghulurkan (senjata, kayu dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Mangsa serangan mengelak drpd terkena senjata tajam yg diterjahkan ke arahnya. 2 mengemukakan (soalan, kemusykilan dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Tanpa henti, para penonton ~ soalan-soalan yg berkaitan dgn tajuk ceramah. terjahan yg diterjahkan; hasil menerjah: ~nya yg mendadak merenggut tali penambat di pancang. Dia membiarkan cebisan surat berselerak akibat ~ angin yg sekali-sekala demikian menggila. penerjahan perihal, perbuatan dsb menerjah atau menerjahkan. penerjah sesuatu atau seseorang yg menerjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambat | bertambat terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; bertambatan bertalian, terikat pd; perahu ~ dagang bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; menambat 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, menawan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; menambati sl menambat sesuatu pd: segala pohon kayu itu sekaliannya ditambati puntung api; tertambat 1. terikat (pd): seekor kerbau ~ pd sebatang pokok; perahu itu ~ pd sebatang tiang; 2. ki terpikat, tertawan, tertarik (hati, perhatian, dll): hatinya telah ~ dan bulat kpd Ismayatim; tambatan 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; pertambatan ikatan, pertalian, perkaitan; penambat 1. alat utk menambat, pengikat: telah putuskah tali ~ kerbau itu? 2. ki orang yg menambat (hati), pemikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |