Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tawan
Kata Terbitan : menawan, tertawan, tawanan, penawanan, penawan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tawan; menawan 1 menangkap atau menahan musuh dlm peperangan dsb: Akhirnya mereka dpt juga ~ pihak musuh. 2 merampas harta benda dll yg dimiliki oleh musuh; menjarah: Dlm masa beberapa hari saja, tentera Jerman telah berjaya ~ negeri Belanda. 3 = ~ hati ki memikat hati; menarik hati: Perangainya yg lemah lembut dan tutur katanya yg manis itu telah ~ hatiku. tertawan 1 sudah atau telah ditawan (bkn musuh dll); tertangkap: Puteri Raja Pahang yg bernama Puteri Wanang Sari itu telah turut ~. 2 telah dpt dirampas atau ditakluk: Melaka telah ~ oleh Feringgi dlm tahun 1511. 3 ki terpikat; tertambat: Hatinya sudah ~ oleh senyuman gadis itu. tawanan 1 orang yg ditawan (dlm peperangan dll): Kelima-lima orang ~ itu melarikan diri dgn menunggang kuda. 2 sesuatu yg ditawan oleh musuh; rampasan; jarahan: barang- barang ~. penawanan perbuatan atau hal menawan. penawan 1 orang yg menawan. 2 alat utk menawan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tawan Imenawan 1. menangkap atau me-nahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, me­narik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin mene­ruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; tertawan 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak raja Kelantan yg perem-puan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; tawanan 1. orang yg ditawan: ia telah men-jadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~; ~ karang sl barang-barang (kapal dll) yg dirampas kerana terkandas di pantai; penawanan perihal (perbuatan dsb) menawan; penawan 1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penawan1 orang yg menawan. 2 alat utk menawan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penawan1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penawan1 orang yg menawan.Kamus Pelajar
pemikat1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
pikat I; memikat 1. menangkap burung dll dgn menggunakan burung lain yg jinak, men­jebak: berburu kerbau jalang, dan ~ ayam hutan; 2. memerangkap (musuh dll), memancing: tingkap itu sengaja dibuka utk ~ pencuri masuk; 3. melakukan sesuatu supaya seseorang (sesuatu) tertawan atau tertarik hati: seorang anak muda mata keranjang telah ~ Minah; ~ hati memujuk-mujuk dan menarik­-narik hati: lagu-lagu Minang moden makin ~ hati pendengar; terpikat kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya; pikatan burung (orang dll) yg telah dipikat; pemikatan perihal (proses atau perbuatan) memikat: pepatung jantan terbang ke arah pepatung betina dlm proses ~; pemikat 1. orang yg memikat; 2. burung (orang dll) yg digunakan utk memikat; ~ hati penarik (penawan) hati.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas