Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.cat] | ڤنچاچت

Definisi : orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencacat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pencacatorang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca.Kamus Dewan Edisi Keempat
cacatkekurangan atau keadaan kurang sem­purna (lengkap, baik) pd badan (benda, per­buatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjem­put dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang; ~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat; bercacat mempunyai cacat, bercela; mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya; mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang; mencacatkan menjadikan atau menyebab­kan cacat: rokok juga boleh ~ bayi; tercacat tercela; cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll; pencacat orang yg suka mencacat(i), pen­cela, pencerca.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas