pencatatan jiwa | penghitungan jumlah penduduk, banci | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencatatan | perihal (perbuatan dsb) mencatat(kan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkartuan | 1. pencatatan di atas kad dan penyusunan kad mengikut abjad; 2. tempat kartu (kad); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacah jiwa | = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kartu | Id 1. kad; 2. daun terup; main ~ main terup (berjudi dgn daun terup); ~ (tanda) anggota kad ahli; ~ besar daun terup utk permainan bridge dll; ~ kecil (ceki) daun terup utk permainan ceki; ~ pindahan kad yg dikirim utk menyatakan pertukaran alamat; ~ pos kad yg digunakan sbg surat; ~ pos gambar kartu pos yg bergambar; ~ undangan kad jemputan; dgn ~ terbuka dgn terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi); membuka ~ menerangkan maksud dgn terang-terang; mengartukan mencatat di atas kad; perkartuan 1. pencatatan di atas kad dan penyusunan kad mengikut abjad; 2. tempat kartu (kad); pengartuan perihal atau perbuatan mengartukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jiwa | 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan mengenai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian persahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm keadaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu dikuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mempunyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk menolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
catat | ; mencatat 1. menulis atau merakamkan sesuatu (dlm buku dll) utk peringatan (perhatian pd masa hadapan dll): seorang setiausaha harus dilantik utk ~ minit mesyuarat itu; cara-cara utk ~ pengeluaran wang; 2. membuat, merintis, memelopori: hari ini, hari yg paling gembira kerana kita telah ~ sejarah baru; 3. mencapai, memperoleh, mendapat (kemenangan, kejohanan, hasil, dll): ia telah ~ kemenangan dlm pertandingan itu; mencatatkan 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; tercatat sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; catatan yg telah dicatat, peringatan; ~ bawah = ~ kaki keterangan pd bahagian bawah muka surat, nota kaki; ~ harga keterangan bkn harga barang; ~ jiwa daftar bilangan penduduk (banci); ~ rapat Id laporan ringkas bkn apa-apa yg dibicarakan dlm mesyuarat; pencatatan perihal (perbuatan dsb) mencatat(kan); pencatat 1. orang yg membuat catatan; 2. alat yg digunakan utk mencatat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |