catur I | sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-petak papan catur: kain ~; mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; mempercaturkan ki memperlakukan siasah(ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yg sedang mengalami kepupusan identiti; caturan sulam yg berpetak-petak; percaturan 1. tempat bermain catur: 2. perihal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; pencatur 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencatur | 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |