Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.raian] | ڤنچراين

Definisi : perihal (perbuatan) menceraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.raian] | ڤنچراين

Definisi : perbuatan atau hal menceraikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penceraian


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penceraianperbuatan atau hal menceraikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penceraianperihal (perbuatan) menceraikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penceraianperbuatan atau hal menceraikan.Kamus Pelajar
talakpenceraian drpd pihak suami (meng­ikut hukum Islam). mentalak menjatuhkan talak kpd isteri; men­ceraikan isteri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaji logampengkajian mengenai penceraian logam dr bijihnya (penghasilannya, serta peng­olahannya), metalurgi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bulan sura (api, Hasan-Hussain,takut, penceraian tahun)Muharam;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemisahanperihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
teori ion(Kim) teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis;Kamus Dewan Edisi Keempat
teori(téori) 1. pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu per-kara dll: banyak ~ dikemukakan menge­nai kehidupan pd masa prasejarah; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: ~ ekonomi; 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa yg biasanya berlaku): pd ~nya raja yg memerintah negeri itu, tetapi sebenarnya baginda menurut nasihat jemaah penasihatnya; ~ atom (Fiz) teori yg menganggap bahawa semua jirim terbina drpd atom; ~ domino teori sains politik yg beranggapan bahawa kejatuhan salah satu negara di Asia Tenggara ke tangan komunis akan menyebabkan ke­mung­kinan semua negara Asia Tenggara akan diambil alih oleh pihak komunis; ~ ion (Kim) teori yg menyatakan bahawa sesuatu bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis; berteori membentuk atau mengemukakan teori: sekarang ini terlalu ramai yg suka ~ dan bercakap; berteorikan berdasarkan sesuatu sbg teori; menteori membentuk suatu teori: Fish gagal ~ konvensi pembacaannya; penteorian proses menghasilkan sesuatu teori.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai1 tidak bersatu; tidak melekat. 2 sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik cerai yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubung­an sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1 hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2 hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas