pencerapan | perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penanggapan | perbuatan (cara dsb) menanggap, pencerapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radiosond | alat yg dibawa ke angkasa dgn belon khas yg digunakan utk menentukan suhu, tekanan, kelembapan bandingan dsb yg berlaku dlm lapisan atmosfera atas dan menghantar balik data ke stesen pencerapan di bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerap | ; kurang ~ kurang periksa, kurang memerhatikan; tak ~ tidak endah, tidak tahu; mencerap 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap; tercerap dapat dicerap oleh pancaindera; cerapan sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan; pencerapan perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggap I | menanggap 1. memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan; 2. ark menyuruh memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dll) di rumah sendiri dgn membayar upahnya; 3. menangkap atau menerima dgn pancaindera (spt melihat, mendengar, merasai, dll), mencerap; bertanggapan mempunyai tanggapan; menanggapi 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan berusaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara; menanggapkan ark membayangkan atau menggambarkan dlm hati (fikiran); tanggapan 1. apa yg diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerapan: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertunjukan (wayang golek dll); penanggapan perbuatan (cara dsb) menanggap, pencerapan; penanggap orang yg membuat tanggapan terhadap sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |