pencerobohan | perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Melihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencerobohan | perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh(i), pencabulan: kita mesti mempertahankan diri drpd ~ musuh; kita sering terdengar rungutan nelayan kita tentang ~ nelayan asing ke kawasan perairan negara ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencerobohan | perbuatan (hal dsb) menceroboh atau mencerobohi: Melihatkan ~ Belanda itu, Raja Haji menjadi marah. | Kamus Pelajar |
agresi | (agrési) IB pencerobohan (oleh sesebuah negeri terhadap negeri lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengendongan(piggybacking) | Kaedah pencerobohan masuk ke dalam sistem atau pusat komputer dengan mengikut pengguna yang sah masuk. | Kamus Komputer |
agresor | (agrésor) IB pihak (negara dll) yg memulakan serangan atau pencerobohan, penyerang (yg memulakan persengketaan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlindungan data(data protection) | Langkah keselamatan yang diberikan kepada data untuk memastikan data selamat daripada pencerobohan dan bencana. | Kamus Komputer |
membalas | 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan;~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keselamatan fizikal(physical security) | Peranti keselamatan, seperti penggera, penderia, kawalan pengawal, kunci, dan rantai yang digunakan untuk melindungi sistem komputer daripada pencerobohan secara fizikal. | Kamus Komputer |
jenayah komputer(computer crime) | 1. Perbuatan jenayah yang dilakukan melalui komputer, seperti menggunakan sistem komputer untuk mencuri maklumat atau wang. 2. Pencerobohan atau penyalahgunaan sistem komputer. | Kamus Komputer |