pencerut | tali dll yg dicerutkan; penjerut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencerut | tali (orang dll) yg mencerut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencerut | tali dll yg dicerutkan; penjerut. | Kamus Pelajar |
jerat I | 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; menahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa melakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd kesusahan (penderitaan) orang lain; terpasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak mencelakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki melakukan tipu muslihat, menyusahkan (mencelakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aring II | sj jerat atau jebak yg terdiri drpd tali pencerut, penjerut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerut I | ; mencerut membelit atau mengikat di keliling sesuatu erat-erat; menjerut: ~ leher. mencerutkan menggunakan sesuatu utk mencerut; menjerutkan: Kerana geram, dia ~ tali pd leher pencuri itu. pencerut tali dll yg dicerutkan; penjerut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerut I | ; mencerut membelit atau mengikat di keliling sesuatu erat-erat; menjerut: ~ leher. mencerutkan menggunakan sesuatu utk mencerut; menjerutkan: Kerana geram, dia ~ tali pd leher pencuri itu. pencerut tali dll yg dicerutkan; penjerut. | Kamus Pelajar |
cerut I | ; mencerut 1. mengikat (mengecut, membelit) di sekeliling sesuatu kuat-kuat, menjerut: ~ leher; 2. ki (berasa) sakit bagai dicerut: perutnya mula berasa ~ kerana lapar; 3. menyekat hingga sukar berkembang (maju dsb): pd masa yg sama, pihak kerajaan tidak ~ pertumbuhan ekonomi; cerutan hasil (perbuatan) mencerut: kelihatan ular besar itu melonggarkan sedikit ~nya pd rusa yg sudah tidak bermaya lagi; pencerutan perbuatan mencerut; pencerut tali (orang dll) yg mencerut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |