Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penciuman 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penciuman1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam;Kamus Dewan Edisi Keempat
cium; bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup; bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, ber­antuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu; tercium 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan; perciuman perbuatan bercium; penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam; pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium.Kamus Dewan Edisi Keempat
ciumperbuatan menyedut dgn hi­dung (utk mengetahui bau atau utk menyatakan kasih sayang). bercium 1 me­nyedut dgn hidung antara satu dgn yg lain (utk melepaskan rasa rindu, sayang dll): Selepas berpeluk ~ dgn anak-anaknya, beliau pun berangkat pergi. 2 berkucup. bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau sa­ling mengucup (antara dua orang utk melepaskan rasa rindu dan sayang); berkucup-kucupan: Mereka berpeluk-pelukan dan ~. mencium 1 menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2 meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3 melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4 ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. menciumi 1 mencium berkali-kali. 2 ki mencari-cari (sesuatu keterangan dsb). menciumkan membiarkan atau menyebabkan dicium: Jururawat tsb telah ~ ubat bius kpd orang sakit itu. tercium 1 (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2 ki terdengar khabar; mendapat keterangan. ciuman 1 sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2 kucupan. penciuman perbuatan atau hal mencium. pencium 1 pancaindera utk mencium. 2 orang yg mencium.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ciumperbuatan menyedut dgn hidung (utk mengetahui bau atau utk menyatakan kasih sayang). bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn yg lain (utk melepaskan rasa rindu, sayang dll): Selepas berpeluk ~ dgn anak-anaknya, baginda pun berangkat pergi. 2. berkucup. bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (antara dua orang utk melepaskan rasa rindu dan sayang); berkucup-kucupan: Mereka berpeluk-pelukan dan ~. mencium 1. menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2. meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4. ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. menciumi 1. mencium berkali-kali. 2. ki mencari-cari (sesuatu keterangan dsb). menciumkan membiarkan atau menyebabkan dicium: Jururawat tsb telah ~ ubat bius kpd orang bsakit itu. tercium 1. (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2. ki terdengar khabar; mendapat keterangan. ciuman 1. sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2. kucupan. penciuman perbuatan atau hal mencium. pencium 1. pancaindera utk mencium. 2. orang yg mencium.Kamus Pelajar

Kembali ke atas