pencurian | perbuatan atau hal mencuri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencurian | perihal (perbuatan) mencuri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencurian kitar(cycle stealing) | Teknik mengambil alih ingatan oleh pemproses capaian ingatan langsung dalam suatu kitar ingatan sistem. Teknik ini membolehkan data tunggal dibaca atau ditulis dalam ingatan tanpa memberhentikan proses yang sedang berjalan. | Kamus Komputer |
pencurian | perbuatan atau hal mencuri. | Kamus Pelajar |
pencopetan | perihal mencopet (barang-barang yg dipakai dll), pencurian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusuh I | 1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; 3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~ benar makanannya apa sahaja dimakannya; 4. tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dll); merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil; merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau: tikus tanah yg selalu ~ sawah kami; merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dll); rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~ polis utk memadamkan rusuhan; kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dsb); perusuhan 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
copet (copét) | pencuri (wang dlm saku, barang-barang yg dipakai, dll), penyeluk saku; mencopet mencuri (wang dlm saku), menyeluk saku; kecopetan kehilangan barang (wang) kerana kena curi, kecurian; pencopetan perihal mencopet (barang-barang yg dipakai dll), pencurian; pencopet orang yg mencopet, penyeluk saku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curi | ; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sembunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
curi | ; mencuri 1. mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara bersembunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1. kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2. kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. | Kamus Pelajar |
curi | ; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi membuat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikannya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |