curiga II | 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wasangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peribadi | 1. manusia sbg diri sendiri (diri perseorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (penolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kritis | 1. IB tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal: masalah itu harus ditinjau secara ~; memberikan perhatian kpd pendapat-pendapat yg ~ tentang rancangan yg dikemukakan; 2. Id tegang (bkn sesuatu keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut: keadaan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selisih | 1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya; 2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat); berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu; 2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham; 3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan; menyelisihkan, memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; selisihan sesuatu (angka, jumlah, data, dsb) yg berselisih: tugas yg asas ialah menyediakan standard dan arahan bagi menghitung dan membuat ~ jadual data tersebut; perselisihan 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perbalahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guam | perselisihan pendapat; sengketa. berguam berselisih pendapat; bertengkar; bersengketa. guaman hal-hal yg dipertengkarkan; perkara dlm mahkamah. perguaman hal berselisih pendapat. peguam orang yg menjadi pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
propaganda | 1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerangkan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan secara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendapat peribadi | pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendapat (sikap) kuno | pendapat (sikap) yg tidak moden; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memadu pendapat | mencocokkan pendapat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selisih faham (pendapat) | berlainan faham (pendapat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |