pendukung | 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendukung | 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendukung | 1. orang yg mendukung seseorang atau sesuatu: penggendong. 2. orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan. | Kamus Pelajar |
tradisionalis | pendukung fahaman (ajaran, dll) yg berdasarkan tradisi: reaksi golongan ~ yg mempercayai bahawa ahli hukum Islam telah menyelesaikan masalah sepanjang zaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monarkis | pendukung sistem pemerintahan beraja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggendong | orang yg menggendong; pendukung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggendong | orang yg menggendong; pendukung. | Kamus Pelajar |
menyampai | 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asas | 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mempunyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletakkan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaannya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ dinasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletakkan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebasan ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memulakan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kredibiliti | (krédibiliti) sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan: apakah krisis dlm bidang kehakiman ini telah merosotkan ~nya sbg badan pendukung keadilan dan undang-undang? | Kamus Dewan Edisi Keempat |