penebukan | perbuatan atau perihal menebuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penebukan | perihal (kerja, proses) menebuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penebukan kod(code punching) | Penebukan corak kod pada pita kertas atau kad tebuk. | Kamus Komputer |
kadar penebukan kad(card punching rate) | Kadar jumlah tebukan yang dapat ditebuk oleh alat penebuk kad dalam satu masa tertentu. | Kamus Komputer |
tebuk | 1 lubang yg tembus (spt lubang tali kasut). 2 lekuk yg dalam (spt lubang lesung). menebuk membuat lubang pd sesuatu; melubangi; mengorek: ~ lubang butang baju. tebukan lubang dll yg telah ditebuk. penebukan perbuatan atau perihal menebuk. penebuk alat yg digunakan utk menebuk: ~ gabus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tebuk I | 1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll); 2. lekuk yg dalam (lubang lesung dll); 3. berlubang, tembus, tembuk; bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya; tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit; penebukan perihal (kerja, proses) menebuk; penebuk alat utk menebuk: ~ gabus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |