penerapan | 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. 2 hal atau perbuatan menerapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penerapan | 1. perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan dsb mempraktikkan: ~ nilai-nilai Islam ke dlm undang-undang dan pentadbiran negara; ~ corak pendidikan drpd masyarakat lain ke dlm sesuatu masyarakat yg berlainan kebudayaan dan aspirasinya hanya akan menimbulkan kekacauan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penerapan(assertion) | 1. Penambahan pengetahuan baru ke dalam pangkalan pengetahuan yang sedia ada. 2. Penggunaan kaedah penjangkaan seperti carta alir untuk menjangka keadaan pemprosesan, reka bentuk data, atau atur cara. | Kamus Komputer |
penerapan | 2 hal atau perbuatan menerapkan sesuatu teori dsb; hal mempraktikkan. | Kamus Pelajar |
penerapan | 1 hal (perbuatan dsb) menerap atau menerapkan sesuatu; pemasangan. | Kamus Pelajar |
rekayasa | (rékayasa) penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu; merekayasa melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~ bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta; perekayasaan proses merekayasa: MABBIM akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui ~ bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekonometri | (ékonométri) penerapan ilmu matematik dan statistik bagi menyelesaikan masalah dan teori ekonomi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terap III; juru ~ | penerapan | Kamus Pelajar |
linguistik terapan | cabang linguistik yg berkaitan dgn penerapan praktikal kajian bahasa spt linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radiobiologi | cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kesan sinaran terhadap organisma dan penerapan teknik radiologi dlm proses biologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |