Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengacara 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
acara I1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan men­yusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau per­sembahan terpenting (biasanya juga yg ter­istimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id meme­riksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai 1. mengelolakan atau mengen­dalikan sesuatu acara (pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis pelancaran produk itu; 2. Id memulai per­cakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa,” aku ~ per­cakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacara­kan pd malam penghabisan; 2. Id meng­adukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengacara1. Id peguam bela; 2. orang yg me­­ngendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juru­acara.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembicara1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat.Kamus Dewan Edisi Keempat
hos II1. orang (spt tuan rumah dsb) yg merai­kan tetamu (dlm sesuatu majlis, upacara, dsb); 2. orang yg mengacarai sesuatu persembahan, program televisyen, dsb, pengacara.Kamus Dewan Edisi Keempat
bicara1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas