pengadaptasian | perbuatan atau hal mengadaptasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengadaptasian | perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adaptasi | penyesuaian dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Mereka harus tahu utk membuat ~ terhadap kehidupan di tempat yg baru itu. beradaptasi menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. mengadaptasi melakukan penyesuaian terhadap sesuatu supaya menjadi lebih bermanfaat atau lebih sesuai di persekitaran yg baru: Mereka diajar utk ~ perlakuan drpd yg kurang sopan kpd yg lebih sopan. pengadaptasian perbuatan atau hal mengadaptasi. pengadaptasi orang yg membuat adaptasi atau yg mengadaptasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adaptasi | penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |