syahadat | Ar 1. kesaksian, pengakuan; 2. = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya; 3. sijil, ijazah, syahadah; bersyahadat 1. mengucapkan kalimah syahadat: Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula; 2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram; pensyahadatan perbuatan bersyahadat: upacara ~ beramai-ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syahadat | 1 perbuatan mengaku atau menerima; pengakuan. 2 = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasul-Nya. 3 sijil tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengakuan | hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengakuan iman | perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakuan | 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakuan | hal (perbuatan dsb) mengaku atau mengakui; pengesahan: ~ negara-negara maju utk membantu negara-negara yg sedang membangun itu sangat menggembirakan. | Kamus Pelajar |
ikrar | Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumpah I | 1 pengakuan yg dibuat bahawa apa-apa yg dikatakannya itu benar (biasanya dgn menyebut nama Tuhan). 2 pengakuan bahawa apa-apa yg dikatakannya itu memang benar dan berani melakukan sesuatu atau berani ditimpa sesuatu jika pengakuannya tidak benar. 3 janji atau ikrar yg teguh utk melakukan sesuatu: Baginda telah melafazkan ~ akan memerintah dgn adil dan saksama. 4 kata-kata yg buruk atau yg keji utk mengutuk orang: Dia sakit lumpuh mungkin kerana terkena ~ orang-orang yg dianiayanya. bersumpah 1 menyatakan kebenaran (sesuatu perkara) dgn sumpah; mengangkat sumpah: Sekalian saksi disuruh ~ dahulu. 2 berjanji sungguh-sungguh akan melakukan atau akan mematuhi sesuatu; berikrar: Dia ~ tidak akan mensia-siakan isterinya. bersumpah-sumpahan saling melafazkan sumpah; saling berteguh janji. menyumpah 1 mengucapkan kata-kata atau harapan yg tidak baik: Dia ~ kerana nasi bekalnya dihurung semut. 2 mengenakan sumpah pd; mengutuk: Mereka semua ~ pegawai yg munafik itu. mempersumpahkan 1 membuat pengakuan ttg sesuatu perkara dgn bersumpah. 2 menyuruh atau membiarkan bersumpah. sumpahan apa-apa atau sesuatu yg disumpah. persumpahan perbuatan atau hal bersumpah. penyumpahan perbuatan atau hal menyumpah. penyumpah orang yg menyumpah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baiat | pengakuan taat setia yg diberikan kpd pemimpin. berbaiat memberikan pengakuan taat setia kpd pemimpin. pembaiatan upacara atau majlis memberikan baiat. | Kamus Pelajar |
pengiktirafan | 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |