pengalihan | perbuatan atau hal mengalih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengalihan | perihal (perbuatan dsb) mengalihkan, pengubahan, penggantian, pemindahan (kuasa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengoperan | pemindahan, pengalihan, penyerahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengubahan | perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alih | ; beralih 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. ~ akal berubah akal atau pendapat. ~ angin a. pergi ke sesuatu tempat utk berehat-rehat. b. bertukar tempat tinggal atau tempat kerja. ~ haluan mengikut haluan yg baru. ~ musim berganti musim. ~ rumah berpindah rumah. mengalih 1 membuat supaya beralih; menukar; mengganti. 2 menukarkan tempat; memindahkan: Ibu telah ~ pasu bunga itu dr luar rumah ke dlm rumah. 3 mengganti sesuatu dgn yg lain; mengubah: Apabila kami sampai, mereka ~ perbualan mereka dgn yg lain. ~ langkah menukar pekerjaan. ~ nama menukar nama dgn nama yg lain. ~ sila mengubah cara duduk. peralihan perubahan drpd sesuatu keadaan kpd keadaan yg lain; pergantian. pengalihan perbuatan atau hal mengalih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ubah I | kelainan (dgn yg lain), beza, lain; tak ~ sama benar dgn, tidak ada bezanya; berubah 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan menjadi gila; ~ hatinya (pendapatnya, niatnya) tidak spt biasa atau spt dahulu lagi hatinya (pendapatnya, niatnya); ~ muka bertukar air muka(nya); berubah-ubah sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; mengubah 1. berubah, menjadi lain: cara hidupnya telah ~ drpd cara hidup nenek moyangnya; 2. menjadikan berlainan atau berbeza drpd yg asal (semula jadi atau sebelumnya), menukar kpd yg lain: kejadian itu telah ~ sikapnya terhadap wanita; Chomsky sendiri telah beberapa kali ~ pendiriannya tentang aspek-aspek tertentu; 3. menjadikan lebih baik (drpd yg semula jadi, yg asal, atau sebelumnya), memperbaiki (keadaan yg kurang baik dll): Tuhan tidak akan ~ seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha ~ dirinya; kanak-kanak yg baru bersekolah akan terpaksa ~ kebiasaan mereka dgn tiba-tiba; 4. menyusun semula (cerita, karangan, dll), mengolah kembali; 5. tidak menepati (janji, sumpah, dll), tidak mematuhi (peraturan, adat, dll), melanggar (adat dll), menyalahi: sekalian adat dan pekerjaan ini semuanya drpd adat purba-kala, jikalau barang siapa ~ atau memecah-kan itu, nescaya ditimpa daulat marhum yg tua-tua; 6. bp memindahkan ke tempat lain (benih semaian dll), mengalihkan: benih padi disemai dlm bulan Jun atau Julai supaya kerja ~ boleh dilakukan dlm bulan Ogos; 7. mengalih (arah dll) dr yg asal atau semula, menukar arah dsb: pandangan itu kemudian-nya diubah ke muka bapanya; ~ janji memungkiri janji; ~ langkah ki menukar cara hidup; ~ setia mengalih kesetiaan kpd orang lain; mengubahkan menjadikan (menyebabkan) berubah, menjadikan berlainan atau berbeza (drpd yg asal atau sebelumnya), menukarkan: hendaklah kamu berdua jangan ~ setia kamu kpd anakku berdua; memperubahkan menjadikan berlainan, mem-perbezakan, memperlainkan; terubah sudah (dapat) diubah; ubahan (sesuatu) yg sudah diubah atau ber-ubah, (sesuatu) yg berlainan drpd yg asal atau semula; ketakberubahan keadaan yg tidak berubah; perubahan perihal berubah, peralihan, per-tukaran: dlm jangka waktu enam bulan ini, banyak ~ yg telah berlaku; pengubahan perihal mengubah (mengubah-kan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; pengubah orang dll yg mengubah (mengubahkan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alih | pindah, tukar, ubah; ~ kata = ~ kecek tukar percakapan (mempercakapkan yg lain); beralih 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; angin ~ angin berganti (bertukar) arah; zaman ~ musim bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yg tetap (segala sesuatu hendaklah disesuaikan dgn keadaan zaman); ~ akal berubah pendapat (fikiran); ~ angin berkunjung (pergi) ke tempat lain utk meluaskan pandangan atau pengalaman dsb; ~ haluan berganti (bertukar) haluan; ~ hari menjadi petang; ~ musim berganti musim (mis dr musim kering ke musim hujan dll); ~ rumah berpindah rumah; timur ~ sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perempuan; mengalih 1. = mengalihkan mengubahkan duduk (letak dsb) sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah, menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah; ~ bentuk mengubah bentuk; ~ kerja menukar kerja; ~ nama mengganti nama; ~ sila berpindah duduk; ~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja prb dikatakan kpd seseorang yg hendak membalikkan per-kataannya; peralihan perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); ~ kekuasaan pertukaran kekuasaan; ~ zaman pertukaran zaman (masa) dgn perubahan ke-adaan hidup dll; pengalihan perihal (perbuatan dsb) mengalihkan, pengubahan, penggantian, pemindahan (kuasa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |