pengangkat | 1 alat utk mengangkat. 2 orang yg mengangkat. 3 orang yg suka memuji-muji; pengampu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengangkat | 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengangkat | 1. alat utk mengangkat. 2. orang yg mengangkat. 3. orang yg suka memuji-muji; pengampu. | Kamus Pelajar |
tukang air | penjual atau pengangkat air;; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggal III | Id bilangan yg menyatakan hari keberapa dlm bulan tertentu, tarikh, hari bulan: mereka gajian sbg kuli pengangkat sampah dua kali sebulan, tiap-tiap ~ tiga dan delapan belas; di bawah tandatangan itu dicatat namanya dgn terang, dan ~ hari itu; ~ muda awal bulan; ~ tua akhir bulan; bertanggal ada tanggalnya, bertarikh, berhari bulan: berita itu ~ 21 Julai;menanggalkan, menanggali ark membubuh tanggal (tarikh), memberi bertanggal, mentarikhkan; tertanggal bertanggal, bertarikh, diberi tanggal, dibubuh tanggal; penanggalan 1. daftar hari bulan, almanak, kalender, takwim; 2. perihal membubuh tanggal; 3. tarikh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang I | 1. orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, pandai; ~ besi orang yg pandai membuat alat drpd besi (parang, pisau, dll); 2. orang yg pekerjaannya membuat (menjual, mengurus, dll) sesuatu yg tertentu: ~ catat; 3. orang yg suka atau biasa melakukan sesuatu (yg umumnya kurang baik); ~ copet orang yg gemar mencopet; 4. ahli (sbg kata cemuhan); ~ kritik orang yg gemar mengkritik orang lain; ~ air penjual atau pengangkat air; ~ ampu orang yg suka mengampu (bermuka-muka dgn ketuanya dll); ~ andam orang yg pandai mengandam pengantin biasanya pengantin perempuan); ~ api orang yg menjaga api (di kapal dll); ~ arloji orang yg pekerjaannya membaiki jam; ~ asah sl orang yg pandai mengasah gigi; ~ bang bilal, muazin; ~ batu orang yg pandai membuat perkakas drpd batu; ~ beca penarik beca; ~ bendera = ~ kebut Id penjaga garisan (dlm permainan bola sepak dll): ~ botol = ~ loak orang yg membeli dan menjual barang-barang lama; ~ canai tukang mengasah pisau dll; ~ catut broker (cangkau); ~ cerita orang yg suka bercerita; ~ cetak orang yg pekerjaannya mencetak (buku dll); ~ cuci dobi, penatu; ~ cukur orang yg pekerjaannya mencukur (janggut, rambut, dll); ~ daging penjual daging; ~ dobi pencuci kain (pakaian); ~ elektrik orang yg memasang dan membaiki alat-alat elektrik; ~ emas orang yg pandai membuat barang-barang perhiasan dll drpd emas; ~ es Id penjual air batu (aiskrim); ~ gambar orang yg kerjanya mengambil gambar dgn kamera; ~ gerobak orang yg pekerjaannya menjalankan gerobak; ~ gunting orang yg pekerjaannya meng-gunting rambut; ~ hias jurusolek (pesolek); ~ ikan penjual ikan; ~ jahit orang yg pekerja-annya mengambil upah dgn menjahit; ~ karang orang yg mengarang(kan) sesuatu (lagu, cerita, dll); ~ karut orang yg paling penting dlm persembahan dikir barat yg menyampaikan lagu dan pantun secara spontan dan agak rancak; ~ kasut = ~ sepatu orang yg pandai membuat (membaiki) kasut; ~ kayu orang yg pandai membuat barang-barang (kerusi, meja, dll) drpd kayu; ~ kebun orang yg menjaga kebersihan kawasan rumah (sekolah dll); ~ kelarah orang yg pandai sedikit-sedikit membuat bermacam-macam kerja tetapi tidak mahir betul; ~ kereta orang yg pandai membaiki kereta; ~ korek orang yg suka mengkritik (mencela, mencari kesalahan, dll); ~ lelucon pelawak; ~ mabuk pemabuk; ~ masak orang gajian yg kerjanya memasak; ~ pangkas tukang gunting; ~ pedati orang yg pekerjaannya menjalankan pedati; ~ pidato orang yg pandai berpidato; ~ pos penghantar surat-surat pos, posmen; ~ rumah orang yg kerjanya membina atau membaiki rumah; ~ sapu orang yg kerjanya menyapu sampah; ~ sate orang yg menjual sate; ~ sampah orang yg mengangkat sampah; ~ sayur penjual sayur; ~ sihir orang yg pandai membuat sihir, ~ serobot orang yg suka menyerobot; ~ silap mata pemain silap mata; ~ sukat pekerja yg menyukat (mengukur) tanah dll; ~ sunat mudin; ~ susu penjual susu; ~ tadah orang yg menerima barang-barang curian; ~ tenun penenun kain dll; ~ tenung ahli nujum; ~ ternak wang orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ~ ubat penjual ubat; ~ urut orang yg pandai mengurut; ~ wang orang yg menjaga urusan wang (di pejabat dll); ~ warung orang yg mempunyai warung (tempat menjual barang makanan dll); ~ tidak membuang kayu prb orang yg cerdik sayang kpd sekalian macam orang kerana tiap-tiap mereka itu ada gunanya; bertukang, menukang mengerjakan pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll): aku tahu dia banyak kebolehan, menulis, melukis dan ~; tukang-menukang segala yg berkaitan dgn pekerjaan tukang (membuat barang-barang dll); menukangi mengerjakan sesuatu sbg tukang: ia menyuruh membuat pancapersada tujuh tingkat, lima kemuncaknya, terlalu indah-indah perbuatannya, Batala ~nya; ketukangan kepandaian bertukang, keahlian bertukang: sepatutnya engkau menunjukkan ~ engkau kpd aku; pertukangan 1. perihal bertukang; sekolah ~ sekolah utk melatih orang menjadi tukang; 2. pekerjaan bertukang: ada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula; 3. persatuan (himpunan) para tukang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkat | ; ~ bakul (diri) suka memuji diri sendiri. ~ berat (besi) olahraga atau acara mengangkat besi yg berat-berat. ~ kaki a. pergi meninggalkan sesuatu tempat. b. melarikan diri. ~ muka a. berani menentang atau melawan. b. berani mengemukakan pendapat kerana ada alasannya. ~ tangan a. mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda menyerah. b. mengangkat sebelah tangan ke atas utk menunjukkan diri. ~ topi menaruh hormat kpd; berasa kagum terhadap. berangkat mula berjalan; bertolak: Bakal-bakal haji telah ~ ke Mekah dr Lapangan Terbang Subang. keberangkatan hal berangkat; berangkatnya: ~ beliau ke daerah itu telah dirahsiakan kerana sesuatu sebab. mengangkat 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar. ~ sembah melakukan sembah; menyembah. ~ senjata (mula) berperang. ~ suara meninggikan suara. ~ sumpah bersumpah. ~ tabik memberi tabik. ~ tangan menaikkan tangan ke atas. ~ wuduk menyucikan diri drpd hadas kecil; mengambil air sembahyang. angkatan 1 = ~ perang segenap peralatan perang serta orang-orangnya; bala tentera: ~ darat (laut, udara). 2 kumpulan orang yg dikirim (pergi) ke sesuatu upacara dsb. pengangkatan perbuatan atau hal mengangkat (seseorang ke sesuatu jawatan dll); pelantikan. pengangkat 1 alat utk mengangkat. 2 orang yg mengangkat. 3 orang yg suka memuji-muji; pengampu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
angkat | 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkat | ~ bakul (diri) suka memuji diri sendiri. ~ berat (besi) olahraga atau acara mengangkat besi yg berat-berat. ~ kaki. a. pergi meninggalkan sesuatu tempat. b. melarikan diri. ~ muka. a. berani menentang atau melawan. b. berani mengemukakan pendapat kerana ada alasannya. ~ tangan a. mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda menyerah. b. mengangkat sebelah tangan ke atas utk menunjukkan diri. ~ topi menaruh hormat kpd; berasa kagum terhadap. berangkat mula berjalan; bertolak: Bakal-bakal haji telah ~ ke Mekah dr Lapangan Terbang Subang. keberangkatan hal berangkat; berangkatnya: ~ beliau ke daerah itu telah dirahsiakan kerana sesuatu sebab. mengangkat 1. menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2. mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak 3.menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. ~ sembah melakukan sembah; menyembah. ~ senjata (mula) berperang. ~ suara meninggikan suara. ~ sumpah bersumpah. ~ tabik memberi tabik. ~ tangan menaikkan tangan ke atas. angkatan 1. = ~ perang segenap peralatan perang serta orang-orangnya; bala tentera: ~ darat (laut, udara). 2. kumpulan orang yg dikirim (pergi) ke sesuatu upacara dsb. pengangkatan perbuatan atau hal mengangkat (seseorang ke sesuatu jawatan dll); pelantikan. pengangkat 1. alat utk mengangkat. 2. orang yg mengangkat. 3. orang yg suka memuji-muji; pengampu. | Kamus Pelajar |