penganjuran | perihal atau perbuatan menganjurkan: ~ sukan itu mempunyai matlamat utk mengeratkan hubungan di kalangan ahli masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penganjuran | perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjur | ; menganjur terdorong atau terkeluar ke muka (melampaui deretan atau banjaran): Semenanjung Malaysia ~ dr Segenting Kra hingga ke Johor. menganjurkan 1 menghulurkan sesuatu ke depan: Dia ~ kepalanya utk melihat dgn lebih jelas. 2 mengeluarkan sesuatu pendapat dsb; mengemukakan: Ungku Azizlah yg ~ supaya Tabung Haji ditubuhkan. 3 mengadakan atau mengusahakan sesuatu majlis, ceramah, kursus dsb: ~ kursus bahasa. anjuran 1 sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2 yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. penganjuran perihal atau perbuatan menganjurkan: ~ sukan itu mempunyai matlamat utk mengeratkan hubungan di kalangan ahli masyarakat. penganjur 1 orang yg menganjurkan atau mengemukakan sesuatu; pemuka; pemimpin: Tun Razak ialah salah seorang ~ kita yg telah banyak berbakti kpd negara. 2 orang (persatuan dsb) yg menganjurkan sesuatu majlis dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anjur I | maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombongan tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |