pengedar | 1 alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2 orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengedar | 1. (Kej) alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder; 2. penjual barang-barang kpd penjual runcit atau pembeli: ~ buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengedar | 1. alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam nyalaan pd silinder. 2. orang yg mengedarkan sesuatu: ~ buku. | Kamus Pelajar |
jualan langsung | jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jualan langsung | cara menjual sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengiluminasi | 1 orang yang mengiluminasi: Di Baghdad, terdapat pengedar kertas, penterjermah, penulis, penyalin, pustakawan, penjual buku dan pengiluminasi. 2 sesuatu yang digunakan untuk mengiluminasi: Pengiluminasi hendaklah digunakan di bawah alis mata. | Kamus DBP versi dalam Talian |
perisian lambak(off-the-shelf software) | Perisian yang dikeluarkan dengan banyak dan mudah didapati dalam stok pembekal atau pengedar perisian tanpa ditempah khas. | Kamus Komputer |
perkakasan atas para(off-the-shelf hardware) | Perkakasan yang dikeluarkan dengan banyak, dan mudah didapati dalam stok pembekal atau pengedar perkakasan tanpa perlu tempahan khas. | Kamus Komputer |
penayang | 1. orang atau pihak yg menayangkan sesuatu (spt filem dsb): nasib filem Melayu bukan sahaja terletak pd pembikinan, tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~; 2. alat utk menayangkan sesuatu (spt filem gambar dsb): skrin ~ filem digital. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jualan | 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pelanggan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan mendapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |