pengekalan | perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
homeostasis | (homéostasis) (Bio) pengekalan ciri-ciri fizikal dan kimia tubuh dlm keadaan yg seimbang tanpa dipengaruhi oleh perubahan sekitaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
identiti | (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dsb) yg terdapat pd seseorang atau sesuatu yg sbg suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya drpd yg lain: kalau asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan ~ mereka, maka akomodasi membenarkan penerusan dan pengekalan warisan kebudayaan dan ~ masing-masing; ideologi demikian memperlihatkan satu imej dan ~ negara yg baru; beridentiti mempunyai identiti, ada identitinya; beridentitikan mempunyai sesuatu sbg identiti: suatu ideologi yg ~ diri kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paternalisme | dasar (sikap atau amalan) sesuatu pihak yg melayani atau berurusan dgn seseorang atau sesuatu pihak lain dgn semangat atau sikap keayahan (sebagaimana sikap seorang ayah melayani berbagaibagai kehendak anaknya): salah satu ciri yg menimbulkan unsur ~ dlm firma-firma Jepun ialah sistem pengekalan pekerjaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekal | tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |