pengeluar | 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluar | 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunikasi(communication) | 1. Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. 2. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. | Kamus Komputer |
penyepaduan(integration) | 1. Proses menggabungkan pelbagai jenis perkakasan atau perisian daripada pengeluar berlainan untuk membentuk sistem yang bersepadu supaya dapat berkongsi sumber dengan lebih cekap. 2. Proses menggabungkan komponen yang berlainan ke dalam sistem yang harmoni. | Kamus Komputer |
harga | 1. nilai sesuatu barang dgn (kiraan) wang: kalau adapun barang itu ~nya mahal; letak ~ bp a) menetapkan harga; b) menetapkan harga (nilai) yg tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki); tarik ~ bp a) meletakkan harga yg tinggi; b) (bkn pihak yg menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kpd pihak yg menghendakinya; 2. ki kehormatan (diri), maruah: kami tahu ~ diri kami; 3. ki faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan: nasihat yg baik sudah tidak ada ~nya lagi; ~ benderol Id a) meterai yg berbentuk pita yg menyatakan harga (rokok dll); b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. Id harga yg ditetapkan oleh kerajaan; ~ beli (pembelian) harga pd ketika membeli; ~ borong harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah drpd harga runcit; ~ bumbung (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling; ~ damai harga yg masih boleh ditawar (lwn harga tetap atau harga mati); ~ diri maruah, kehormatan diri; ~ gelap harga yg tidak menurut ketetapan kerajaan; ~ gila Id, bp harga yg terlalu murah atau terlalu mahal; ~ jualan (Eko) harga barang di kedai, harga yg ditetapkan oleh penjual; ~ kos (Eko) harga barang yg dijual oleh pengeluar kpd penjual; ~ lantai (Eko) harga paling rendah yg ditentukan (dibenarkan); ~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yg muktamad; ~ melawan bp, Id harga yg lebih murah drpd harga penjual lain; ~ modal harga pokok; ~ namaan harga yg tertera pd saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yg sebenar); ~ pasar harga barang di kedai, harga jualan; ~ pasaran (Eko) a) harga terbaru yg dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yg ditentukan melalui permintaan dan penawaran; b) harga selepas diskaun yg terdapat pd tarikh tutup perakaunan; c) harga yg terakhir pd masa jual beli saham, yg disenaraikan dlm bursa saham; ~ penutup (Eko) harga terakhir sesuatu saham dsb yg diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup; ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli (drpd pengeluar dsb); ~ runcit harga sesuatu barang yg dibeli atau dijual secara runcit; ~ runtuh harga murah yg ditawarkan oleh pusat membeli belah utk melariskan barang jualan dlm musim tertentu (biasanya musim perayaan); ~ senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb); ~ siling (Eko) harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung; ~ tunai harga jika dibayar tunai; ada rupa ada ~ prb harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya; seharga 1. sama harganya (dgn); 2. harganya, dgn harga: membeli barang ~ lima ringgit; berharga 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); menghargai 1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan: barang jualannya dihargainya terlalu tinggi; aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah; 2. memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dsb), menganggap penting (berfaedah): penerbit belum tahu ~ karya pengarang; khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang; 3. menghormati, memuliakan, mengendahkan: dia tidak ~ orang tuanya; menghargakan 1. menawarkan barang yg hendak dijual (dgn menyatakan harganya): membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya; 2. menghargai; terharga, terhargakan, terhargai; tidak ~ tidak ternilai; penghargaan perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan; hadiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harga | 1 nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ sepuluh ringgit. 2 ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasanya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ siling harga maksimum sesuatu barang yg ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa. ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1 mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2 tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; penting: Tugas penting bagi sesebuah muzium adalah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang | 1 manusia (sbg dirinya sendiri): Tadi ada ~ yg menelefon anda. Keretanya ada, ~nya tidak ada. 2 diri manusia sbg kata ganti nama diri ketiga secara umum: Jangan suka mendengar cakap ~. 3 penjodoh bilangan bagi manusia: Lima ~ pekerja telah dipecat. 4 manusia yg berasal dr sesebuah daerah atau negeri: Saya ~ Kedah. 5 bangsa; kaum: ~ Melayu; ~ Iban. 6 = ~ lain manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~, bukan kereta saya. ~ asing orang yg berasal dr negara lain. ~ asli penduduk asal sesebuah negeri. ~ awam a. rakyat biasa; khalayak ramai. b. bukan anggota tentera; orang preman. ~ besar a. orang yg besar tubuh badannya. b. orang dewasa. c. orang yg berpangkat tinggi. ~ bukit orang yg tinggal di bukit. ~ gaji orang yg bekerja di rumah orang lain. ~ hutan a. orang yg tinggal di hutan. b. monyet besar berwarna coklat kemerah-merahan yg mempunyai tangan yg panjang, Pongo pygmaeus. ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat dsb). ~ ramai khalayak ramai; umum. ~ tengah a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. ~ tua a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu (biasanya melakukan hal-hal yg tidak baik). orang-orang, orang-orangan sesuatu yg dibuat spt orang; patung; boneka: Ayah meletakkan ~ di tengah sawah utk menakutkan burung supaya tidak memakan buah padi. berorang ada orangnya: Rumah itu tidak ~. seorang 1 satu orang. 2 sendiri. seseorang mana-mana orang; sesiapa. berseorangan, berseorang dgn cara seorang-seorang; seorang diri. keseorangan terasing (tinggal) seorang diri; terpencil seorang: Sejak isterinya meninggal, dia selalu berasa ~. perseorangan hal-hal mengenai seorang; dgn cara berseorang (lw beregu): johan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluar | 1 bergerak dr sebelah dalam (bilik, pejabat dll) ke sebelah luarnya: Dia ~ dr bilik mesyuarat. 2 berhenti drpd menjadi anggota persatuan dsb; berhenti kerja: Dia ~ dr parti yg ditubuhkannya sendiri. 3 menampakkan diri; muncul: Sudah hampir seminggu dia tidak ~. 4 diedarkan (bkn surat khabar, majalah dll); terbit; tersiar: Laporan Suruhanjaya mengenai Badan-Badan Berkanun akan ~ tidak lama lagi. mengeluari keluar utk menentang (menghalau dsb) seseorang: ~ musuh. mengeluarkan 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. terkeluar 1 tidak termasuk dlm sesuatu tajuk (perkara dll); berada di luar; terdapat di luar: Isi karangannya telah ~ drpd tajuk asal. Dompetnya kelihatan ~ sedikit dr koceknya. 2 dpt dikeluarkan (dicabut dsb): Ketika itulah ~ segala makiannya terhadap orang itu. keluaran (sesuatu) yg dikeluarkan, dihasilkan, diterbitkan dll: majalah ~ bulan Mei. pengeluaran perbuatan atau hal mengeluarkan (menghasilkan): ~ buku teks hendaklah diperbanyak pd tahun-tahun yg akan datang. pengeluar orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang | 1 manusia (sbg dirinya sendiri): Tadi ada ~ yg menelefon anda. Keretanya ada, ~nya tidak ada. 2 diri manusia sbg kata ganti diri ketiga secara umum: Jangan suka mendengar cakap ~. 3 penjodoh bilangan bagi manusia: Lima ~ pekerja telah dipecat. 4manusia yg berasal dr sesebuah daerah atau negeri: Saya ~ Kedah. 5 bangsa; kaum: ~ Melayu; ~ Iban. 6 = ~ lain manusia lain; bukan diri sendiri: Ini kereta ~ bukan kereta saya. ~ asing orang yg berasal dr negara lain. ~ asli penduduk asal sesebuah negeri. ~ awam a. rakyat biasa; khalayak ramai. b. bukan anggota tentera; orang preman. ~ besar a. orang yg besar tubuh badannya. b. orang dewasa. c. orang yg berpangkat tinggi. ~ bukit orang yg tinggal di bukit. ~ gaji orang yg bekerja di rumah orang lain. ~ hutan a. orang yg tinggal di hutan. b. monyet besar berwarna coklat kemerah-merahan yg mempunyai tangan yg panjang, Pongo pygmaeus. ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat dsb). ~ ramai khalayak ramai; umum. ~ tengah a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. ~ tua a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu (biasanya melakukan hal-hal yg tidak baik). orang-orang, orang-orangan sesuatu yg dibuat spt orang; patung; boneka: Ayah meletakkan ~ di tengah sawah utk menakutkan burung supaya tidak memakan buah padi. berorang ada orangnya: Rumah itu tidak ~. seorang 1 satu orang. 2 sendiri. seseorang mana-mana orang; sesiapa. berseorangan, berseorang dgn cara seorang-seorang; seorang diri. keseorangan terasing (tinggal) seorang diri; terpencil seorang: Sejak isterinya meninggal dia selalu berasa ~. perseorangan hal-hal mengenai seorang; dgn cara berseorang (lw beregu): johan ~ | Kamus Pelajar |
harga | 1. nilai sesuatu barang yg ditentukan dgn wang: Dia membeli satu kilogram ikan kembung dgn ~ tiga ringgit. 2. ki kehormatan (diri); nama baik: Dia tahu akan ~ dirinya. ~ borong harga barang yg dibeli secara borong (banyak-banyak). ~ jual (jualan) harga barang-barang yg dijual kpd pengguna. ~ kos ist a. perbelanjaan atau kos utk mengeluarkan sesuatu barang. b. harga barang jika dibeli secara borong (biasanya drpd pengeluar kpd penjual). ~ mati (tetap) harga barang yg tidak dpt ditawar lagi. ~ pasaran harga jualan. ~ pokok harga yg dibayar oleh penjual pd masa membeli. ~ runcit harga barang yg dibeli secara runcit (sedikit-sedikit dan lebih mahal drpd harga borong). ~ tunai harga barang jika dibayar tunai. berharga 1. mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2. tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; penting: Tugas penting bagi sesebuah muzium ialah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. menghargai 1. memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2. memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang. terharga ternilai: tidak ~ tidak ternilai. penghargaan perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. | Kamus Pelajar |