Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengembangan1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera;Kamus Dewan Edisi Keempat
kembang I1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb); ~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, men­jadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedip-­ngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau menge­rikan), seram bulu tengkuk (kerana keta­kutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau ter­bentang): payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata­-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyu­kakan (menggembirakan, menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, ter­sebar, dsb), memajukan, meluaskan, menye­barkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganut­nya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan menjadikan makin berkembang, mengusahakan supaya berkem­bang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): bahasa Malaysia perlu dirancang dan dibina serta diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (men­jadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera; pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za’ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn me­nyebarkan ajarannya dan menambah bilang­an penganutnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
pembabaran1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan.Kamus Dewan Edisi Keempat
iltizamAr 1. keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dlm melaksanakan sesuatu, komitmen: usaha pengembangan bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah disertai oleh ~ drpd kerajaan sendiri; 2. penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yg menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) utk melakukan sesuatu: Saribuku adalah satu lagi ~ DBP dlm usaha utk menggalakkan budaya membaca.Kamus Dewan Edisi Keempat
kader1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang.Kamus Dewan Edisi Keempat
babar; membabar membentang, mengembang;membabarkan 1. membentangkan, mengembangkan (layar dll), menebarkan: Pak Kaduk pun ~ layar perahunya; 2. memperkembangkan, meluaskan: negara itu hendak ~ kekuasaannya ke negeri-negeri yg berjiran; 3. membentangkan, menjelaskan, memaparkan: ia telah ~ pendapatnya kpd rakyat;terbabar 1. telah dibabarkan, terkembang, terbentang, tertebar: layarnya ~; 2. berada dlm kumpulan yg banyak dlm satu kawasan yg luas: sekawanan ikan kelihatan ~ luas di laut; 3. terpancar ke merata-rata: cahaya perada itu ~ ke segenap penjuru bilik itu;pembabaran 1. perbuatan membabarkan (mengembangkan, menebarkan), pengembangan, pembentangan, penebaran; 2. perbuatan membabarkan (mengembangkan, meluaskan), pengembangan, peluasan; 3. perbuatan membabarkan (membentangkan, memaparkan), pembentangan, pemaparan.Kamus Dewan Edisi Keempat
membebankan1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membebankan1. memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2. menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.Kamus Pelajar
kuncup I1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga, daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan; menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); menguncupkan menjadikan kuncup (ter­tutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatu­kan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita.Kamus Dewan Edisi Keempat
kewibawaan1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadi­kannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas