pengertian | 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengertian | 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengertian | 1. pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2. tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. | Kamus Pelajar |
menyalahfahamkan | memberi pengertian yg salah, salah mengertikan sesuatu, menyalah-ertikan: pihak-pihak yg tertentu telah ~ pengumuman itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsepsi | (konsépsi) pengertian, pendapat yg terbentuk dlm fikiran (seseorang, sesuatu kumpulan dsb) tentang sesuatu idea, gagasan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan mata benda harus diubah supaya tercapai kemajuan; mengkonsepsikan membayangkan (menggambarkan) sesuatu konsep dlm fikiran, mengkonseptualisasikan: sekiranya penguasaan bahasa baik, mudah seseorang itu ~ sesuatu benda; pengkonsepsian perihal atau perbuatan mengkonsepsikan: gangguan pd sistem saraf otak menyebabkan prestasi pembelajaran individu terjejas, khususnya dlm aspek penanggapan dan ~; ®konsep. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliru | 1 salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. 2 tertukar kerana tersalah anggap dll: Dia ~ memukul temannya sendiri. mengelirukan menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. kekeliruan keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. terkeliru dlm keadaan keliru; dikelirukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentakrifkan | memberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata bahawa novel itu tidak didefinisikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsep | (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
falsafah | pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain; ahli ~ orang yg ahli dlm falsafah, ahli fikir; berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu: sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan; kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yg berkaitan dgn falsafah: yg penting, adanya nada ~ di dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kinayah | Ar contoh yg tersembunyi pengertian atau maksudnya, yg dapat difahami tanpa keterangan lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |