pengesanan | perihal atau perbuatan mengesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengesanan ralat(error detection) | Pengesanan yang dilakukan dalam sistem penghantaran data untuk menentukan kewujudan ralat dalam data yang diterima. Ini dilakukan dengan meneliti bit kesetarafan dan bit semak jumlah. | Kamus Komputer |
pemuat | (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembetulan ralat automatik(automatic error correction) | Pengesanan dan pembetulan ralat dalam atur cara atau dalam penghantaran data yang dilakukan secara automatik oleh sistem tanpa melibatkan pengatur cara. | Kamus Komputer |
semakan lewahan kitar(cyclic redundancy check) | Kaedah pengesanan ralat dengan menggunakan kehadiran bit lewah untuk memegang maklumat tentang jumlah dan taraf bit dalam bingkisan yang dihantar. Singkatan CRC. | Kamus Komputer |
pembetulan ralat pengatur cara(programmer error correction) | Pengesanan untuk menentukan punca ralat dan tindakan pembetulan yang dilakukan oleh pengatur cara komputer selepas dikesan terjadinya ralat dalam hasil pemprosesan. | Kamus Komputer |
diagnosis ralat(error diagnostics) | Diagnosis yang dilakukan dengan mencetak bahagian atur cara yang mengandungi ralat untuk membantu pengesanan punca ralat. Ralat yang dikesan ditandakan dengan jelas bersama dengan butir-butir yang berkaitan. | Kamus Komputer |
muat | 1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi: Ramlan tidak mahu mem-bawa dia dan isterinya bersama dgn alasan keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi; ~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian; ~ turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian; bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memunggah barang (ke kapal, perahu, dll); bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~ beberapa batang kayu balak; memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka; memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi: pelangnya itu dimuati-nya dgn pisang dan ubi keladi; memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan mem-buat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiarkan (di majalah dll): apalah gunanya ~ per-kara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar; termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jena-ka rakyat; muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; pemuatan perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian; pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesan | 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu pengaruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memerhatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |