Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ilmu1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; berilmu mempunyai banyak ilmu, berpengetahuan: orang yg ~ dapat membezakan antara baik dan jahat, benar dan salah; mengilmukan 1. menyelitkan unsur-unsur ilmu kpd sesuatu: bagaimana utk ~ semula karya sastera kita; 2. menjadikan individu atau kelompok individu berilmu: tugas penterjemah berat, terutamanya dlm tanggungjawabnya ~ masyarakat; keilmuan perihal ilmu, menurut ilmu pengetahuan, ilmiah: saya tahu dr dekat akan suasana ~ tempat ia bekerja; bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~; pengilmuan perbuatan mengilmukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengertian1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ajaran1 pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2 hasil drpd mengajar: ~ guru tidak dilupakannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
siasah1. pengetahuan yg bersangkutan dgn hal-hal kenegaraan (pemerintahan dll), po­litik: orang asing telah diingatkan supaya jangan mencampuri hal-hal ~ negeri kita; parti ~ parti politik; 2. kebijaksanaan (ke­bolehan, muslihat) utk mencapai sesuatu mak­sud: sekarang ia sedang mengatur ~ hendak membalas sakit hatinya; ~ perang muslihat (tipu helah) peperangan; siasat I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesarjanaan1. pengetahuan dan ke­mampu-an seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg ber-kaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkem-bangan dan ~ Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
teknik/téknik/ 1 pengetahuan ttg pembuatan barang-barang, pem­bina­an jentera dll. 2 cara atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni (spt seni lukis, karang-mengarang). 3 berkaitan dgn sesuatu bidang yg khusus: istilah-istilah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teknik(téknik) 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji I1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjem-put Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pe­ngajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca.Kamus Dewan Edisi Keempat
sains1 ilmu pengetahuan yg teratur dan dpt dibuktikan kebenarannya. 2 cabang ilmu pengetahuan yg ber­dasarkan kenyataan semata-mata spt kimia, fizik. ~ sosial cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penerapan(assertion)1. Penambahan pengetahuan baru ke dalam pangkalan pengetahuan yang sedia ada. 2. Penggunaan kaedah penjangkaan seperti carta alir untuk menjangka keadaan pemprosesan, reka bentuk data, atau atur cara.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas