penggalian | perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekskavasi | (ékskavasi) kegiatan penggalian yg dilakukan utk mendapatkan maklumat tentang benda zaman purbakala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telaga minyak | perigi tempat penggalian minyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengorekan | perihal atau perbuatan mengorek, penggalian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arkeologi | /arkéologi/ kajian saintifik ttg sesuatu kebudayaan, terutamanya kebudayaan prasejarah, dgn cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arkeologi | (arkéologi) kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan (terutama kebudayaan prasejarah) dgn cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang arkeologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telaga | 1. perigi, sumur; 2. tasik, danau; 3. ark balung, kolam; 4. = ~ tahi jamban, kakus; 5. = ~ minyak perigi tempat penggalian minyak;~ di bawah gunung prb perempuan yg banyak mendatangkan untung dan bahagia kpd suami-nya; ~ mencari timba prb perempuan mencari laki-laki; adakah drpd ~ yg jernih itu mengalir air yg keruh? prb tidak mungkin orang yg bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yg keji-keji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korek I | (korék); ~ api gores api, mancis api; ~ gigi kayu dll yg halus utk mencungkil gigi; ~ kuping (telinga) pencungkil tahi telinga; mengorek 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll; 2. ki menggores; ~ hati menggores hati; 3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu; 4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan; korekan hasil mengorek: ~ yg terdalam atau terlebar; pengorekan perihal atau perbuatan mengorek, penggalian; pengorek 1. alat utk mengorek (mencungkil), penggerek; 2. orang yg mengorek (membongkar sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gali I | ; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong; gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali; penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |