Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.giat] | ڤڠݢيات

Definisi : pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggiat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penggiatpihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air.Kamus Dewan Edisi Keempat
input1. sumber yg diperlukan utk pengeluaran: ~ pengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia utk diproses; 2. (Komp) perisian atau data yg dibawa ke dlm sistem utk diproses; 3. sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: sidang itu bertujuan memberikan ~ kpd penggiat teater; penceramah agama dr luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yg lebih meluas; 4. (Fiz) daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin; menginput (Komp) memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer; pengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yg disediakan; penginputan (Komp) perihal menginput data dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer sedang giat dijalankan.Kamus Dewan Edisi Keempat
giatI sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas