pengguna istimewa(privileged user) | Pengguna komputer yang diberi beberapa keistimewaan penggunaan sistem melebihi pengguna biasa. | Kamus Komputer |
perkongsian sumber(resource sharing) | Perkongsian pengguna antara beberapa pengguna terhadap sumber yang terhad dalam sistem komputer. | Kamus Komputer |
panduan pengguna(user guide) | 1. Lihat manual pengguna. 2. Catatan dalam perisian komputer bagi membantu pengguna menggunakan kemudahan perisian dengan betul. | Kamus Komputer |
kumpulan pengguna tertutup(closed user group) | Kumpulan pengguna komputer yang terhad ahlinya dan tidak terbuka kepada pengguna biasa. | Kamus Komputer |
suruhan berkeistimewaan(privileged instruction) | Suruhan komputer yang dikhaskan untuk penyeliaan sistem. Pengguna suruhan ini terhad kepada pengguna berkeutamaan tinggi sahaja. Tujuan suruhan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada sistem daripada kelalaian atau penyalahgunaan sistem oleh pengguna biasa dan hanya membenarkan pengguna yang berpengetahuan untuk menyenggarakan sistem. | Kamus Komputer |
berbilang pengguna(multiuser) | 1. Berkenaan perisian atau perkakasan yang direka bentuk supaya dapat digunakan oleh lebih daripada satu pengguna pada sesuatu masa. 2. Pelbagai pengguna yang memanfaatkan perisian atau perkakasan. | Kamus Komputer |
interaktif | 1 saling bertindak, berhubung dsb antara satu sama lain: Berbagai-bagai maklumat diberikan termasuklah maklumat ~. 2 membolehkan pengaliran maklumat dua hala yg berterusan antara komputer dgn penggunanya, atau antara pengguna dgn pengguna melalui komputer: Program itu membabitkan sistem ~ antara pelajar dgn pensyarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tular palsu | sesuatu seperti berita atau maklumat palsu yang tersebar dengan cepat dan meluas menerusi alam maya, daripada satu pengguna kepada pengguna yang lain | Kamus DBP versi dalam Talian |
masa sambung(connect time) | 1. Ukuran jangka masa penggunaan sistem komputer oleh pengguna. Masa ini dikira sebagai tempoh di antara masa pengguna log masuk dengan masa pengguna log keluar sistem. 2. Jangka masa saluran talian penghantaran disambungkan pada peranti. | Kamus Komputer |
pengguna | orang yg menggunakan sesuatu; pengambil faedah drpd sesuatu benda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |