penghamburan | perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hambur I | ; berhamburan 1. bertaburan merata-rata (ke sana sini): padi ~ dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, bersepah-sepah; 3. ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yg ~; menghamburi menaburi, menyebar pd: setelah mayat dimakamkan kubur pun dihamburi bunga; menghamburkan 1. menaburkan, menebarkan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurahkan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debunganya pun ~ keluar; hamburan sesuatu yg dihamburkan; penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |