penghisapan | perbuatan atau hal menghisap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penghisapan | 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghisapan | perbuatan atau hal menghisap. | Kamus Pelajar |
penyesapan | perihal menyesap, penghisapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerapan | 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyedutan | perbuatan menyedut (meng-hisap dll), penghisapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesap I | ; menyesap 1. menghisap air dll (burung, binatang, dll), menyedut: lebah ~ madu bunga; 2. menyusu (anak kecil): budak itu sedang ~; sesapan = ~ burung bekas tempat minuman burung; penyesapan perihal menyesap, penghisapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hisap | ; menghisap menarik minuman, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. hisapan apa-apa yg (telah) dihisap; hasil drpd menghisap; sedutan. penghisapan perbuatan atau hal menghisap. penghisap 1 orang yg menghisap: ~ rokok. 2 alat utk menghisap: ~ candu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hisap | menghisap menarik minuman, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. hisapan apa-apa yg (telah) dihisap; hasil drpd menghisap; sedutan. penghisapan perbuatan atau hal menghisap. penghisap 1. orang yg menghisap: ~ rokok. 2. alat utk menghisap: ~ candu. | Kamus Pelajar |
hisap | ; menghisap memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; ~ benak terlampau banyak mengambil untung dr orang lain; ~ darah memeras orang (mengambil bunga wang dgn banyak); hisapan hasil drpd menghisap, yg telah dihisap; ~ jempul ki berita atau karangan yg direka-reka (khabar yg dibuat-buat); penghisapan 1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan; 2. ki pemerasan, pemerahan: Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol; penghisap 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; ~ darah orang yg suka memeras orang lain (dgn mengenakan bunga yg tinggi dsb atas pinjaman wang atau dgn cara lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |