penghunian | perihal, perbuatan atau tindakan menghuni (rumah, bilik dsb): kawasan itu mempunyai kadar ~ yg tinggi, iaitu sebanyak 85%; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huni | ; berhuni ada didiami orang, berpenduduk: kami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu; menghuni 1. mendiami, menduduki: mengapa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; penghunian perihal, perbuatan atau tindakan menghuni (rumah, bilik dsb): kawasan itu mempunyai kadar ~ yg tinggi, iaitu sebanyak 85%; penghuni 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg mengandungi bara; 2. hantu penunggu; ~ dunia manusia (binatang dll) yg mendiami dunia ini; ~ kampung penduduk kampung; berpenghuni mempunyai penghuni: rumah itu tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |