pengibaran | perihal (perbuatan dsb) mengibarkan (bendera): upacara dimulakan dgn ~ bendera oleh ketua pasukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kibar | ; berkibar, berkibar-kibar, berkibaran bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (bkn bendera dll): bendera Malaysia ~ di sana sini pd hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia; mengibarkan menyebabkan berkibar, menggerak-gerakkan (bendera dsb) supaya berkibar, memasangkan (membentangkan) supaya berkibar: kota ini bersemarak dgn hiasan, dan setiap rumah ~ bendera; beribu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan sambil ~ bendera; kibaran gerakan berkibar; pengibaran perihal (perbuatan dsb) mengibarkan (bendera): upacara dimulakan dgn ~ bendera oleh ketua pasukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |