pengipas | orang yg (pandai atau selalu) mengipas (mengampu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengipas | orang yg mengipas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kipas I | 1 alat yg tipis dan lebar yg digerak-gerakkan turun naik atau ke kiri ke kanan, dgn tangan utk mengadakan angin. 2 alat yg berpusing utk menjalankan enjin kapal, kapal terbang dll: ~ angin (elektrik) kipas yg digerakkan dgn kuasa elektrik. berkipas 1 mempunyai kipas atau menggunakan kipas. 2 sedang menyejukkan diri dgn menggunakan kipas. mengipas 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu: Dia memang pandai ~ ketuanya. mengipaskan mengibaskan (kipas, sayap, ekor dll). pengipas orang yg (pandai atau selalu) mengipas (mengampu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kipas I | 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejukkan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, menggunakan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (mengangini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll; mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |