kaji bunyi | pengkajian bunyi, akustik; ~ bahasa pengkajian bunyi ucapan, fonetik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkajian | perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengkajian | perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkajian | perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. | Kamus Pelajar |
linguistik berkomputer | cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji gerak | ; ~ elektrik pengkajian mengenai gejala-gejala arus elektrik dan kuasa-kuasa magnet yg berkaitan dengannya, elektrodinamik; ~ haba pengkajian mengenai perhubungan antara haba dgn pergerakan atau kerja pesawat-pesawat, termodinamik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
linguistik | 1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa; ~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~ preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~ sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik yg berkaitan dgn penerapan praktikal kajian bahasa spt linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nahu sarwajagat | pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa sahaja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji tumbuhan | pengkajian tumbuhan, botani. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaji terbang | pengkajian dan pengetahuan mengenai penerbangan, aeronautik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |