pengkaryaan | perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengkaryaan | penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkarya | orang yg berkarya atau menghasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karya | hasil kesenian dll; ciptaan: ~ seni lukis. berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): Beliau ~ utk mengisi masa lapangnya. pengkaryaan perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. pengkarya orang yg berkarya. karyawan orang yg banyak menghasilkan karya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karya | 1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku); berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkaryaan penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkarya orang yg berkarya atau menghasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |