pengkhususan | hal atau perbuatan mengkhususkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengkhususan | perihal menjurus dlm sesuatu bidang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkhususan | hal atau perbuatan mengkhususkan. | Kamus Pelajar |
pakar khusus komputer(computer specialist) | Orang yang pakar tentang pengkhususan tertentu dalam bidang komputer. | Kamus Komputer |
memetak-metakkan | membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khusus | tertentu utk seseorang atau utk sesuatu; khas: Kursus-kursus itu diadakan ~ utk kaum wanita. mengkhususkan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu yg tertentu; mengekhaskan. terkhusus dikhususkan; dikhaskan; terkhas. pengkhususan hal atau perbuatan mengkhususkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khusus | tertentu utk seseorang atau utk sesuatu; khas: Kursus-kursus itu diadakan ~ utk kaum wanita. mengkhususkan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu yg tertentu; mengkhaskan. dikhususkan; dikhaskan; terkhas. pengkhususan hal atau perbuatan mengkhususkan. | Kamus Pelajar |
petak I | (pétak) 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (menanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~; berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak; memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khusus | (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |