Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
uji; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penguji1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penguji1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat
penguji1 orang yg menguji.Kamus Pelajar
ujipercubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda men­dengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar.Kamus Dewan Edisi Keempat
markah1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti; memarkahi memeriksa dan memberi mar­kah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu; pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pem­berian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif; pemarkah pemeriksa atau penguji yg mem­berikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif.Kamus Dewan Edisi Keempat
duga= batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1 mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2 meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3 mencuba (utk mengetahui); menguji: Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1 dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2 tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1 sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku luar ~ saya. 2 cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ Allah (Tuhan) sesuatu musibah, kesukaran dsb yg berlaku utk menguji keimanan atau kesabaran seseorang. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
duga= batu ~ batu atau timah yg bertali utk mengukur dalamnya laut (sungai dll): tali ~ tali pengukur dalamnya laut (sungai dll). menduga 1. mengukur dalamnya laut (sungai dll): Laut yg dalam pun dpt diduga. 2. meneka; mengagak; meramalkan: Dia sudah ~ bahawa suaminya akan marah jika ia memotong rambutnya. 3. mencuba (utk mengetahui); menguji:Peperiksaan itu cuma hendak ~ pengetahuan murid-murid. terduga 1. dpt diduga: Keputusan peperiksaan itu tidak ~ olehnya. 2. tersangka; terjangka: Lantikannya sbg Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas itu memang tidak ~ sama sekali. dugaan 1. sesuatu yg telah diduga; tekaan: Perkara itu berlaku di luar ~ saya. 2. cubaan; ujian: Semasa di Majapahit, Hang Tuah telah mengatasi berbagai-bagai ~. ~ hidup cubaan atau ujian hidup. penduga alat atau perkakas utk menduga; penguji.Kamus Pelajar

Kembali ke atas