pengusutan | perihal mengusut, pemeriksaan, penyelidikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemeriksaan | 1. perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd memeriksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risik II | = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia mendapat ~ bahawa rancangannya telah diketahui orang; merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi (bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk menjadi isterinya; perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; perisik orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari keterangan, dll dgn sembunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usut II | ; mengusut mencari keterangan (bukti dll), memeriksa (supaya ketahuan segala-galanya), menyelidiki: barang siapa dicurigai, segera ditangkap dan dimasukkan ke dlm penjara dgn tidak diusut dan diperiksa lebih dahulu; pengusutan perihal mengusut, pemeriksaan, penyelidikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periksa | selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian); memeriksa 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik (mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat (kejadian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk mengetahui kebenarannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamat-amati, mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan; memeriksai sl menyiasat (kejadian, perkara, dll), menyelidiki: maka titah Raja Pahang pd Laksamana, “Orang tuan membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja, baiklah tuan periksai”; memeriksakan 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta (membiarkan) supaya diperiksa; peperiksaan ujian (utk menentukan kebolehan atau kepandaian seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran; pemeriksaan 1. perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd memeriksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; pemeriksa orang yg memeriksa: ~ kira-kira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |