pengutip | orang yg mengutip; pemungut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengutip | orang yg mengutip, pemungut: ~ derma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutip | ; mengutip 1 memungut benda kecil-kecil atau buah-buahan satu demi satu: Mari kita pergi ~ buah berangan. 2 mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi karangan (berita dll); memetik: Dia ~ beberapa potongan berita dr surat khabar. 3 mengumpulkan sesuatu (spt derma, cukai) drpd berbagai-bagai sumber: Orang ramai dilarang ~ derma tanpa kebenaran polis. kutipan sesuatu yg dikutip; pungutan (derma dll); petikan (drpd berita, karangan dll). pengutipan perbuatan atau hal mengutip: Hasil ~ derma itu telah disampaikan kpd mangsa-mangsa kebakaran. pengutip orang yg mengutip; pemungut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kutip | ; mengutip 1. memungut benda kecilkecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana; pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengutip; pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |